Kami mempromosikan kemahiran pelajar UUM secara komersial. Jika anda mempunyai bakat-bakat dalam bidang IT, sila maklumkan kepada kami untuk tujuan pemasaran. Antara fokus kami untuk dipromosikan dalam blog ini adalah:
a. Hasil kerja pelajar: Sistem, Programming, Grafik design, Web Application etc
b. Kemahiran teknikal: Network, PC Maintenance, Formatting
c. Kemahiran lain2: SPSS, UBS dan mana2 yg berkaitan
Kami mencari otai IT dari UUM!! DAN
Kami akan mengiklankan DIRI ANDA dan HASIL KERJA anda!

Program S4S Pertama Berjaya

>> Thursday, April 22, 2010




11-13 April 2010.

Latihan Pembangunan Laman Web untuk Usahawan KEDA telah dijalankan dengan penuh suasana yang berilmu dan sarat dengan perkongsian idea di mana seramai 32 peserta yang terdiri daripada usahawan2 bimbingan KEDA telah berjaya menamatkan kursus tersebut.

Dua pelajar yang telah berjaya dilantik sebagai Fasilitator S4S dipilih untuk menyertai program ini. Mereka adalah:

1. Mohd Solehhuddin Bin Ab Mutalib (115128)
2. Abdul Razak Faiek Shahatha (123249)
3. Nur Faraidah binti Muhammad Di

Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta pelbagai kaedah pemasaran dan penjualan produk secara komersil tidak kira secara domestik atau antarabangsa. Penceramah yang terdiri daripada pensyarah berpengalaman UUM telah berjaya memberikan input yang ringkas dan padat agar pembelajaran mudah difahami dan dipraktikkan setelah tamat latihan.

Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Darus bin Hashim selaku Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Wilayah Kedah (KEDA).

ITU-UUM merakamkan ucapan syabas dan setinggi penghargaan kepada pelajar Program S4S. Anda telah menjalankan kursus ini dengan baik sekali!


Ulasan di Kosmo Online!
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Komuniti_Kita&pg=kk_02.htm

Ulasan di Laman Web UUM
http://www1.uum.edu.my/nportal/penuh.html?page=main_penuh.html&idhebahan=20187


Teruskan! Read more...

Latest Ads

>> Monday, January 18, 2010


Teruskan! Read more...

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP